Sunday 15 January 2012

Ayah dan Ibu?????????

mulianya dua insan yang bernama ibu bapa di dalam agama islam. Merekalah yang Allah takdirkan menjadi  lahirnya kita ke dunia yang sementara ini... Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

Firman Allah s.w.t.: “Dan sembahlah Allah, jangan

kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan

dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat

baik.” (An-Nisa: 36)

Kemudian tegas Allah Taala di dalam al-Quran lagi:

“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan),

bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya

(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)

hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23).

Kemudian tegas Allah di dalam al-Quran lagi: “Dan

Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa

janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya

(sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu)

hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23)

Para mufassirin (para pentafsir al-Quran)

menjelaskan, bahawa maksud “berbuat baik” kepada ibu

bapa itu antaranya:

1. Kita dituntut berusaha mencari keredhaan dan

menggembirakan hati keduanya. Agama mengajarkan kita

bahawa tanpa keredhaan ibu dan bapa, maka Allah juga

akan menafikan keredhaan-Nya. Murka dan marah

keduanya, maka berlakulah murka Allah terhadap diri

seseorang anak itu.

2. Kita juga sentiasa diingatkan agar tidak

sekali-kali lupa untuk berbakti dan mencurahkan

kasih sayang sepenuhnya terhadap kedua ibu bapa sama

ada semasa mereka masih hidup ataupun selepas mati.

Limpahan jasa baik mereka amat wajar dan wajib

dibalas baik. Bukannya dibalas tuba!

3. Kita diwajibkan untuk mentaati perintah keduanya

(selagi tidak menderhakai Allah), menunaikan hak

mereka dengan hati yang ikhlas dan tidak menyakiti

hati keduanya.

Firman Allah: “Tidaklah balasan perbuatan baik itu

melainkan kebaikan pula (balasannya).” (Ar-Rahman:

60)

BILA IBU BAPA TUA

kita perlu tahu, bahawa  kewajipan kita menjaga ibu bapa jika sudah tua atau uzur...

Maksudnya kasih sayang perlu digandakan. Perhatian

perlu dilebihkan. Penghormatan patut ditingkat.

Bukannya semakin menurun dan merosot. Amat tercela

dan biadab sekali apabila sejumlah anak-anak yang

tampak berjaya, punya nama, pangkat dan harta,

tetapi akhirnya membuat keputusan menghantar dan

menempatkan ibu dan bapa di rumah orang-orang tua.

Begitukah yang disuruh agama? Beginikah perintah

Allah swt kepada kita? Tidak sekali-kali! Renunglah

segala pengorbanan ibu bapa dan wasiat Allah swt

terhadap kita.

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ibunya

mengandungkannya dalam keadaan susah payah dan

melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.”

(Al-Ahqaf:15)

Firman Allah swt lagi: “Ibunya mengandungkannya

dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.”

(Luqman: 14).

Kenapa susah payah ibu bapa kita balas dengan sikap

yang keji? Kenapa anak-anak yang sudah besar dan

dewasa tidak dapat berbakti dan mengasihi ibu bapa

mereka yang sudah tua? Belajarlah untuk tidak

menjadi kurang ajar kepada ibu dan ayah. Belajarlah

juga untuk berakhlak kepada mereka.

Allah swt menyebutnya: “Bilamana seorang daripada

mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di

sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka

perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik

mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang

mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka

(merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.”

(Al-Israk: 23)

Menurut hukum qiyas/kias (hukum Islam berdasarkan

perbandingan), mengatakan “Ah” sahaja pun sudah

dilarang Allah dan sangat berdosa besar, apalagi

kalau si anak melakukan perbuatan yang lebih buruk

daripada itu.

Tapi, hari ini saban waktu kita disajikan dengan

laporan berita tentang anak-anak yang sampai tahap

membunuh ibu bapa mereka.

Rasulullah s.a.w. ketika menggambarkan tanda-tanda

kiamat ada menyatakan bahawa akan sampai suatu masa

apabila “Ibu-ibu akan melahirkan tuan-tuan”. Telahan

baginda itu kini menjadi nyata. Sudah berapa banyak

ibu yang melahirkan anak-anak derhaka. Sudah berapa

banyak anak yang disusukan ibu mereka kini

mengarahkan ibu bapanya supaya melakukan begitu dan

begini.

Satu perkara yang perlu disemat dalam ingatan

seorang anak, hati ibu bapa di kala usia senja

mereka amat mudah tersinggung dan terasa. Jangan

dibiarkan tersinggung hati mereka dek perkataan

ataupun kerenah kita. Jika tidak, besarlah dosa kita

di sisi Allah s.w.t.

Percayalah betapa sunyinya hidup ibu dan ayah bila

anak-anak sudah berumah tangga. Betapa pilunya hati

mereka kalau di hujung usia mereka diletakkan di

rumah orang-orang tua. Betapa kejamnya jikalau ibu

bapa dijadikan orang gaji, tukang masak, pengasuh

atau tukang kebun.

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah,

“Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu

sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan

tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah

kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap

dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan

pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap

kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!,

dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut

nama mereka”.

Akhir sekali, pulanglah menziarahi ibu bapa di

kampung. Renung dan tataplah wajah mereka berdua

walau kedut sudah seribu. Suaplah nasi ke mulut

mereka. Cempunglah mereka untuk menunaikan hajat

sekira mereka terlalu uzur. Imamkan solat mereka.

Urut dan picitkanlah badan mereka. Hamparkan

permaidani untuk mereka. Kembalikanlah

kenangan-kenangan indah di ruang mata mereka saat

kita di dalam pelukan dan jagaan mereka.

Rindu mereka pada anak-anak bukan lagi pada harta

kekayaan dan pangkat kita, sebaliknya rindu pada

belaian kasih, doa tulus dan bakti murni kita.

Firman Allah swt: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua

ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.

(Luqman: 14).

  Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku

kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani

diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)

renungkanlah apa yg kita lakukan kepada kedua ibubapa kita..

adakah tangisan ibubapa kita ini kerana gembira  atau sedih......

Wednesday 11 January 2012

2012????wahh, sudah tahun baru.......mesti ada azam baru, semangat baru, keinginan baru, dan bermacam-macam lagi la......bagaiman dengan azam erk???aku da buat ke belum......tapi biar la...azam aku tahun ni adlah ingin menglangsaikan azam-azam tahun lepas dan menanam semangat baru.....tetapi sedar kah aku dan seluruh makhluk-makhluk di bumi bahawa kita da hampir kembali ke tempat asal usul kita.....aku bukan la alim sangat nak membincangkan hal keagamaan tp aku ingin mengingati kpd diri dan juga rakan2....sejauh mana pn kita pergi kita tetap kembali kpd Yang Maha Esa.....Hari ini kita semua menyedari & meyakini akan pastinya saat kematian itu & benarnya terdapat Azab & Nikmat disana. Dan Kita jua akan mengadap Tuhan yang telah memberi nikmat akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya. Justeru itu perlunya kita manfaatkan sebaiknya nikmat pinjaman yang masih berbaki ini.

Renungilah akan pesanan Nabi Muhammad SAW : Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara :

    Masa sihat sebelum sakit.
    Kaya sebelum miskin.
    Lapang sebelum sibuk.
    Muda sebelum tua.
    Hidup sebelum mati.

setiap detik demi detik, kita semakin menghampiri KEMATIAN...sesungguhnya kematian itu PASTI dirasai oleh semua makhluk di dunia yang fana ni.....ak teringat lagu yang dinyanyikan oleh mawi yg bertajuk "KIAN"..

Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu

Kita singgah di dunia yang sementara

Penuh tipu daya

Yang kekal

Disana

Biarlah..kita bersama

banyak maksud yang kita dapat dari rangkap tersebut......antaranya ialah apakah yang kita ingin di dunia ini???adakah benda tersebut hanya keseronokan yang sementara sahaja yang berada di dunia ini atau keindahan yang kekal selamanya di akhirat kelak.......ingatlah keindahan di akhirat kelak berkali-kali ganda lebih indah dari dunia ini...jesteru itu kita sama renung-renungkan kehidupan kita selama ini.....

(HR al-Hakim & al-Baihaqi)

Andainya kita tahu bila ajal itu akan datang, bila kiamat itu akan terjadi, sudah tentu kita semua akan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan & meninggalkan kemungkaran disaat hampirnya waktu tersebut. Namun segalanya hanya Allah swt yang mengetahuinya. Justeru itu perlunya untuk kita menyaksikan sama Hari-hari hidup kita tentang mana Halal Haramnya, mana Perintah & LarangaNya.